Tuesday, 22 March 2011

Mengkudu

Mengkudu nama saintifiknya Morinda Citrifolia berasal dari Asia Tenggara, Australia, kepulauan  Pasifik.  Saya masih ingat semasa kecil arwah mak dan nenek selaian mengguna mengkudu sebagai ubat, mereka juga membersih barang barang emas mengguna mengkudu.  Mak masukan cincin, rantai dan gelang emas dalam buah mengkudu yang masak dan simpan semalam, esok pagi mak akan bilas dengan air bersih dan sapu hingga kering. Emas yang berkilat dan memancar itu boleh tahan beberapa bulan dan nampak seperti baru.
Kajian klinik menunjukkan manfaat mengkudu antara lain:
  • Menurunkan tekanan darah tinggi
  • Bersama Melatonin dan Serotonin memperbaiki kualiti tidur dan peredaran darah.
  • Memberikan tenaga pada tubuh.
  • Bertindak sebagai anti radang (penahan sakit) dan anti Histimik.
  • Anti bakteria, khususnya melindungi kerusakan sistem pencernaan dan jantung.
  • Menghentikan fungsi pra kanser dan pertumbuhan kanser.
  • Memperbaiki sistem imuniti (rangsangan untuk menghasilkan sel T)
  • Memperlambat proses penuaan sel (awet muda)
  • Mencegah Diabetes tahap 1 & 2, stress, ginjal dan strok.
Banyak kajian turut dijalankan di Amerika Syarikat di Stanford University, Unifersity of California, UCLA, University College of London, University of Meet, France. Kesemuanya bersetuju peranan menkudu dalam merendahkan darah tinggi.
Kajian Dr.Scott Gerson, M.D. menunjukkan penurunan purata 7.5% (sistolik) dan 4% (diastolic) bagi pesakit lelaki.  Dr. Monica Harrison dari Maryland juga melaporkan penurunan bagi ujian terhadap wanita dengan tekanan darahnya 170/100 kepada 130/80 selepas mengambil mengkudu.  Dr. Harrison percaya mengkudu mampu meningkatkan aktiviti ‘pineal gland’ yang terletak di bahagian dalam otak.  Serotonin yang terdapat dalam mengkudu digunakan oleh kelenjar ini untuk menghasilkan hormone melatonin.
Makmal pharmacosny, University of Meets, Perancis telah menjumpai mengkudu mempunyai kesan ‘central analgesic’ iaitu memberi kesan ke atas otak bagi melegakan kesakitan di seluruh tubuh.  Kajian menunjukkan keberkesanan 75% dari morphine sebagai melegakan kesakitan, cuma mengkudu tidak meninggalkan kesan ketagihan dan toksik.
* HASIL PENELITIAN 40 AHLI PENGUBATAN TERHADAP 8000 PENGGUNA
Masalah Yang Diteliti Jumlah Pengguna Peratus Manfaat
Kanser              847   67
Masalah Jantung          1,058   80
Stroke              983   58
Diabetes tahap 1 dan 2         2,434   83
Kurang tenaga          7,931   91
Gangguan kenikmatan seksual        1,545   88
Kelemahan otot tubuh            709   71
Kegemukan (obesiti)          2,638   72
Tekanan darah tinggi            721   87
Berhenti merokok             447   58
Arthritis              673   80
Sakit kepala           3,785   87
Depresi               781   77
Alergi                851   85
Masalah Pencernaan          1,509   89
Masalah pernapasan          2,727   78
Gangguan tidur           1,148   72
Gangguan konsentrasi             301   89
Perasaan (senang/nyaman)          3,716   73
Masalah ginjal           2,127   66
Stress             3,273   71
* Sumber dari Noni Nature’s amazing healer, tulisan Neil Solomon.
Sumber :  http://www.akarkayu.com/?p=26

No comments:

Post a Comment